sukan

Tekad sekat JDT

Kemenangan besar dicipta ketika menentang Sarawak United baru-baru bakal menjadi peniup semangat kepada Selangor FC untuk mencipta keputusan positif pada perlawanan men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, barisan anak buahnya ketika ini berada pada tahap optimum dengan masing-masing mempamerkan aksi cemerlang apabila disenaraikan membarisi kesebelasan utama pasukan. Menyedari JDT bukanlah lawan mudah, Feichtenbeiner akan pastikan anak buahnya boleh beraksi seperti direncanakan dengan menyekat kemaraan lawan yang mempunyai jentera s3rangan cukup berb@haya.

Pemain ketika ini bermain cukup cemerlang malah mampu menghasilkan jumlah gol yang banyak pada pertemuan men3ntang Sarawak United baru-baru ini.

“Kita akan berikan yang terbaik dan berharap dapat terus mengekalkan corak permainan konsisten ketika bertemu JDT malam esok,” katanya.

Pada pertemuan Ahad lalu menyaksikan Selangor berpesta gol apabila membenam Sarawak United 7-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Berdasarkan rekod pertemuan musim lalu, Selangor berjaya mengikat JDT 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini sentiasa diwarnai dengan pelbagai drama dan kontroversi sejak musim lalu.

sumber:- HM

Kebanyakan peminat menjangkakan ia akan berlangsung dengan lebih sengit pada musim ini kerana skuad Selangor kali ini dilihat lebih mantap dalam setiap posisi.