sukan

Tumpuan Perlawanan yang dinantikan JDT Dan Selangor FC

Mata peminat bola sepak tempatan kini bertumpu kepada pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim tatkala ia menjadi aksi tunggal Liga Super yang berlangsung malam ini.

Anak buah Benjamin Mora dan Michael Feichtenbeiner masing-masing akan turun dengan misi besar dalam pertarvngan dua pasukan berstatus gergasi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) itu.

Malah, pertembungan dua pel3dak berbisa dari Brazil yang berkongsi kedudukan teratas carta penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva (JDT) dan Herlison Caion (Selangor) juga dijangka menambahkan lagi seri perlawanan getir itu.

L3dakan hatrik yang dicipta Caion ketika membantu Selangor memb3lasah Sarawak United 7-0, Ahad lalu menyaksikan dia menyamai rekod sembilan gol yang dikumpul Bergson.

Bagi JDT, apa yang menjadi fokus utama mereka sudah pasti mahu melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini dengan skuad Harimau Selatan menjadi menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas.

Atas kertas, segalanya tampak memihak juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu untuk meraih tiga mata dan kembali ke persada Liga Super yang kini dihuni Sabah.

Misi lebih besar dan tugas lebih berat dipikul Selangor kerana gelanggang yang akan mereka masuk itu adalah gelanggang dig3runi semua pasukan Liga M.

Beraksi di depan ribuan penyokong JDT yang dijangka membanjiri gelanggang keramat skuad Harimau Selatan bukanlah suasana yang baik buat Gergasi Merah.

Justeru, timbul persoalan adakah anak buah Feichtenbeiner mampu mencipta sejarah dengan meleburkan rekod kebal skuad kendalian Mora.

Jika kejutan besar itu terjadi, ia bakal menyaksikan badi hampir lima tahun Selangor tidak menang ke atas JDT akan ditamatkan selepas kali terakhir mereka menewaskan skuad Harimau Selatan pada Ogos 2017.

sumber:- BH

Bekalan positif yang dibawa Selangor ke Johor Baharu adalah motivasi tinggi barisan pemain mereka selepas berjaya merekodkan kemenangan besar ke atas Sarawak United.