sukan

Bukan Mudah untuk ditewaskan – Mora

Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak mahu meneruskan rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam esok.

Bagaimanapun, di sebalik kegha!rahan ingin memburu kemenangan, pengendali JDT, Benjamin tetap mengambil sikap berhati-hati dengan penampilan corak permainan barisan pemain PJ City FC yang bakal beri anc@man terhadap pemain skuad Harimau Selatan.

Mora menegaskan pasukan yang dibimbing P Maniam agak liat untuk ditewaskan kerana mereka sering beraksi dengan corak permainan bertahan dan pantas melakukan serangan balas yang mampu beri tekanan kepada benteng pertahanan JDT.

Kami harus bersiap dengan perancangan taktikal yang ampuh apabila berdepan PJ City FC dan mereka pasukan yang akan tampil beraksi konsisten kerana mahu mendapat keputusan terbaik buat mereka dan kami perlu berwaspada.

Mereka bukanlah pasukan yang mudah ditewaskan dan kami akan berdepan pasukan yang liat untuk ditewaskan dan apa yang penting kami harus menjalani proses pemvlihan pemain selepas beraksi men3ntang Selangor, Jumaat lalu.

“Sudah tentu kami mahu mengekalkan rentak kemenangan dan juga mahu memperbaiki kelemahan yang ada di dalam pasukan ini selepas pengalaman seri 2-2 dengan Pahang sudah cukup beri pengajaran buat kami dan kemenangan besar tewaskan Selangor FC 5-1 pasti beri motivasi buat pemain untuk kekalkan momentum itu,” katanya.

Pada aksi musim lalu, JDT berjaya menumbangkan PJ Ciiy FC 3-0 hasil jaringan bekas pemain import Gonzalo Cabrera dan dua gol yang dijaringkan Bergson Da Silva.

Mora juga menegaskan striker PJ City FC, Darren Lok yang tampak semakin meningkat permainannya mampu beri anc@man kepada benteng JDT dan pemain itu tidak boleh dibiarkan bebas bergerak dan perlu dikawal bagi memastikan dia berdepan kesukaran untuk menembusi benteng.

sumber:- HM

“Bukan sahaja Darren malah pemain lain dalam pasukan PJ City FC berkebolehan meng@ncam benteng JDT, oleh itu pemain tidak boleh leka dan membiarkan barisan pemain lawan menguasai permainan dan kami akan tampil dengan corak permainan konsisten bagi memburu kemenangan kedua dan mahu menjarakkan pungutan mata,” kata Mora.