sukan

Kedah lain macam di AFC

Kedah Darul Aman (KDA) menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala AFC selepas memb3lasah Kaya Iloilo 4-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

KDA yang memerlukan kemenangan untuk mengelak tersingkir awal dari kejohanan terpaksa menunggu hampir sejam bagi mendapat gol pertama menerusi Fayadh Zulkifli yang menyempurnakan umpanan Ronald Ngah pada minit ke-57.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat anak buah Aidil Sharin Sahak apabila mereka berjaya menambah jaringan kedua menerusi Mahmoud Al Mardi pada minit ke-63, juga hasil umpanan Ngah.

Ngah mengukuhkan kedudukan buat KDA apabila mel3dak gol ketiga pada minit ke-82 sebelum Javier Gayoso berjaya mendapatkan gol pertama Kaya Iloilo, empat minit kemudian.

Fayadh mengesahkan kemenangan bergaya KDA apabila menyumbang gol keempat pasukannya pada masa kec3deraan.

Kemenangan itu menyaksikan KDA naik ke tangga ketiga Kumpulan G, berkongsi tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Bali United yang tewas 5-2 di tangan Visakha, petang tadi.

sumber:- BH

Wakil Kemboja, Visakha yang memenangi semua dua perlawanan berada di kedudukan teratas dengan enam mata, sementara Kaya Iloilo pula menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.