sukan

Luahan dari Khuzaimi sendiri

Menerima pujian daripada penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) susulan prestasi terbaik diperagakan ketika men3ntang Sri Pahang FC, Sabtu lalu, tidak membuatkan pemain pertahanan kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee, mendabik dada.

Sebaliknya, pemain berusia 28 tahun itu menganggap ia adalah tugas perlu dilaksanakannya dalam setiap perlawanan bagi membantu pasukan mencapai kemenangan.

Terima kasih kepada penyokong Negeri Sembilan yang memuji, tetapi sebenarnya kemenangan pasukan ke atas Sri Pahang adalah hasil kerjasama dan komitmen satu pasukan, bukan saya seorang sahaja.

Semua pemain beri komitmen bagus sepanjang perlawanan dan insya-Allah kami akan bagi yang terbaik dalam perlawanan akan datang.

“Saya berharap penyokong akan terus bersama kami kerana kehadiran mereka di stadium amat ditagih dalam membakar semangat pemain,” katanya.

Pada aksi men3ntang Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu, NSFC menang besar 3-0 hasil jaringan Gustavo Almeida, Yashir Pinto dan Matheus Alves.

Hampir semua jaringan itu membabitkan sumbangan Khuzaimi, malah dia yang bergandingan dengan Che Rashid Che Halim, Khair Jones dan Herold Mark Goulon, tampak mantap menutup setiap ruang sehingga menyukarkan jentera s3rangan Sri Pahang melakukan percubaan tepat ke arah gol yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Menurut Khuzaimi, fokusnya adalah memberikan aksi terbaik dalam setiap persembahannya bagi mengawal benteng Negeri Sembilan kerana menjadi impiannya untuk menjulang nama pasukan itu, musim ini.

Begitupun, dia mengakui masih perlu belajar dan mendapatkan bimbingan untuk berada pada tahap prestasi lebih baik kerana cabaran dalam Liga Super sentiasa sukar.

sumber:- HM

Menurutnya, pertarungan dengan Terengganu FC (TFC) di gelanggang lawan, Rabu ini cukup penting untuk memburu tiga mata penuh.