sukan

Saya Mahu ikut jejak Safawi

“Saya mahu mewakili negara satu hari ini,” kata Diboy Beri.

Dia adalah antara 15 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Pahang yang mendapat ‘hadiah’ berupa but bola sepak terpakai sumbangan menerusi syarikat pengeluar minuman probiotik, Yakult Malaysia di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.

But bola sepak terpakai itu dikumpulkan daripada pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Jepun iaitu Saga Future Design Foundation.

Diboy mengakui dia turut meminati pemain bola sepak kebangsaan dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan berhasrat untuk mengikut jejak langkah pemain berusia 25 tahun itu.

Saya suka tengok Safawi menggelecek bola dan saya harap boleh jadi seperti dia.

“Saya memang minat bermain bola sepak dan bercita-cita untuk menjadi pemain kebangsaan satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroki Yanase menjelaskan inisiatif itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bermain bola sepak dalam kalangan murid sekolah yang memerlukan dan mendorong mereka untuk sentiasa aktif dalam sukan.

Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai jadi salah satu caranya adalah menerusi sukan.

Apabila anda memikirkan minuman probiotik seperti Yakult, anda mungkin tidak secara automatik mengaitkannya dengan sukan.

sumber:- BH

“Tetapi kajian saintifik menunjukkan bahawa probiotik sangat penting untuk diambil semasa anda bersukan atau selepas melakukan aktiviti lasak,” katanya.