sukan

Selamat Tinggal JDT

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan dengan pemain pertahanannya, Mauricio dos Santos Nascimento.

Kereta k3bal berusia 33 tahun dari Brazil berkenaan menyertai Harimau Selatan sejak tahun 2019 dan memenangi lapan trofi bersama skuad itu.

Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama.

Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” kata JDT dalam kenyataan, hari ini.

Pengumuman yang dibuat JDT itu turut mencetuskan tanda tanya siapa yang akan dibawa masuk untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Maurico.

Malah, terdapat tiga nama yang dikaitkan bakal menyertai kelab itu termasuk pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, Jordi Amat dan Daniel Ting.

Bagaimanapun belum ada apa-apa pengumuman mengenai pemain baharu yang akan menyertai kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu.

sumber:- BH

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum ini mendedahkan kelab itu akan menandatangani empat pemain baharu iaitu dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan.