sukan

Cerita kurang enak kini kembali timbul libatkan pasukan gergasi

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Itu nasib membelenggu sekurang-kurangnya empat kelab Liga Super yang mula mengalami mas4lah tunggakan gaji pemain hingga menyebabkan prestasi pasukan mervdum.

Perkhabaran membabitkan pasukan berstatus gergasi Liga Super itu bukanlah asing lagi kerana ketika ini ada antara kelab berkenaan terpaksa melepaskan pemain g4ra-g4ra tidak mampu lagi membayar gaji mereka.

Malah, prestasi longlai dipamerkan pemain mereka pada perlawanan Liga Super menguatkan lagi sp3kulasi bahawa pasukan terbabit sedang berhadapan mas4lah kewangan membabitkan tunggakan gaji.

Situasi terbabit diakui pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa yang turut mengetahui berkaitan situasi terbabit sehingga menyebabkan pasukan bertaraf gergasi itu ‘ros4k’.

Beliau berkata, tunggakan gaji terbabit berlaku disebabkan pasukan itu masih mengharapkan belas ihsan daripada kerajaan negeri bagi mendapatkan dana walaupun kelab sudah berstatus swasta.

Tvnggakan gaji berlaku kepada pasukan Liga Super ketika ini bukanlah satu perkara menghairankan kerana mereka masih mengharapkan dana daripada kerajaan negeri selain tidak memiliki penaja kukuh.

Sekarang ini, kita pemain tidak mendapat gaji dua atau tiga bulan, cuba bayangkan apabila pilihan raya semakin dekat mungkin keadaan pasukan yang mengharapkan bantuan kerajaan negeri bertambah parah.

“Oleh itu, perkara terbabit perlu diselesaikan segera kerana pihak yang akan teraniaya adalah pemain apabila terpaksa beraksi tanpa mendapat bayaran gaji hingga menjejaskan kehidupan mereka,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, tanpa mahu mendedahkan nama pasukan terbabit, penyokong bola sepak tanah air boleh ‘menghidu’ perkara itu berdasarkan kepada prestasi terkini kelab terbabit.

“Selagi kelab masih lagi dih4ntui persatuan bola sepak atau mengharapkan ihsan kerajaan negeri sudah tentu masalah tunggakan gaji tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh,” katanya.

Mengikut rekod, antara pasukan pernah dip4lit isu tunggakan gaji pada musim ini adalah Melaka United, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sarawak United.

sumber:- HM

Namun, pengurusan KDA FC menafikan perkara terbabit dengan mend4kwa pemain mereka tidak pernah berdepan mas4lah tunggakan gaji manakala Melaka United dan Sarawak United pula dikatakan sudah menjelaskan bayaran itu.