sukan

Disentapkan dengan ego JDT

Status gah Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hal4ngan buat Melaka United (MU) yang akan memberi saingan s3ngit pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Penolong jurulatih Melaka, Nazrulerwan Makmor berkata, pasukannya tetap turun dengan bersemangat dalam usaha meraih keputusan p0sitif walaupun bakal berdepan skuad pelawat yang mantap.

Baginya, tiada perkara must4hil dalam bola sepak termasuk mengejutkan Harimau Selatan kerana apa yang penting pemain perlu lebih berdisiplin sebagai sebuah pasukan, mengelak kesil4pan mudah dan F0kus sehingga wisel penamat.

Menurutnya, fokus amat penting seperti aksi berdepan Sarawak United FC (SUFC) kerana sedikit kealpaan akhirnya membawa padah menerusi jaringan kemenangan lawan yang dihasilkan pada masa kecederaan.

Kita semua tahu JDT pasukan hebat bukan saja di Liga Malaysia malah sebagai antara kelab terbaik di Asia dan mereka jelas memiliki ramuan lengkap dalam bola sepak.

Namun, Melaka perlu beraksi dengan semangat juang tinggi untuk mengimbangi kehebatan pelawat.

“Pada masa sama, pemain kami perlu lebih berdisiplin semasa bertahan, mengatur gerak dan membentuk ser4ngan. Tidak mustahil pasukan Hijau Putih mampu meraih keputusan p0sitif jika kekal f0kus dan memanfaatkan peluang terhidang,” katanya.

Semua pemain boleh diturunkan dalam perlawanan itu, kecuali pemain yang dipinjamkan dari JDT iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

sumber:- HM

Melaka yang berada di tangga ke-10 liga memerlukan peningkatan mendadak selepas tewas 2-3 kepada Sarawak di gelanggang sama, Sabtu lalu.