sukan

Lupakan Kenangan Lalu dan buka buku baharu musim ini

Ketua Jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner mahu anak buahnya melupakan kekalahan lalu dengan tampil lebih meyakinkan ketika bertemu Sabah FC, malam esok.

Walaupun kekalahan 1-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat lalu masih dirasai barisan pemain, Feichtenbeiner mahu anak buahnya bangkit dengan mencatatkan kemenangan dalam usaha mengukuhkan kedudukan di Liga Super.

Beliau berkata, banyak kelemahan perlu diperbaiki terutama membabitkan barisan pertahanan bagi mengelak terus kempunan meraih tiga mata pada perlawanan di Stadium MBPJ, malam esok.

Bola sepak ada naik serta turun, jadi situasi itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini kita gembira dapat membelasah Sarawak United 7-0, namun dikejutkan pula apabila tewas kepada JDT.

Perkara penting adalah mempertajamkan lagi jentera s3rangan supaya dapat menterjemahkan setiap gerakan kepada gol.

“Sabah FC bukanlah pasukan mudah untuk ditundukkan, jadi Selangor FC perlu bekerja keras jika mahu mendapatkan tiga mata penting,” katanya.

Pada perlawanan Jumaat lalu, JDT kembali ke puncak Liga Super apabila mudah mengatasi Selangor 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus meraih 19 mata selepas tujuh perlawanan dan mata dengan Negeri Sembilan.

sumber:- HM

Ketika ini, Sabah FC pula berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan mengumpul 18 mata manakala Selangor FC di tempat keenam menerusi 11 mata.