Pemilik Cardiff City Tan Sri Vincent Tan berkata mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk menandatangani Gareth Bale tetapi kelab Major Soccer League (MLS) Los Angeles FC (LAFC) terlalu besar untuk ditolak.
Bekas bintang Real Madrid itu menamatkan spekulasi berkenaan masa depannya dengan berkongsi rakaman video dia memakai topi hitam emas LAFC dengan keterangan gambar: “Jumpa anda nanti, Los Angeles”.
Menurut Vincent, Bale mahu bermain untuk kelab di negara asalnya tetapi sukar untuk bersaing dengan keuntungan daripada segi komersial yang mampu dijana Bale apabila bermain di Amerika Syarikat.
Kami amat berminat mendapatkannya, dia tentunya menjadi kejayaan terbesar kami. Ia tentu hebat untuk Gale bermain di kampung halamannya, semua rakyat Wales juga pasti gembira jika dia menyertai Cardiff.
Secara peribadi, saya rasa tawaran LAFC terlalu menarik untuk ditolak. Pada asalnya dia mahu ke sini, wang tidak menjadi masalah.
“Kami memberikan tawaran bagus untuknya. Dia juga berminat tetapi tawaran LAFC sukar untuk ditolak. Kami sudah cuba yang terbaik tetapi gagal,” kata Vincent.
sumber:- BH
Bekas bintang Tottenham berusia 32 tahun itu akan membuat penampilan sulung men3ntang bekas kelab David Beckham LA Galaxy pada 9 Julai apabila jendela perpindahan Amerika Syarikat dibuka secara rasmi.