sukan

Disebalik Pemain yang dipinjam tidak boleh diturunkan berdepan JDT

Status gah Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan halangan buat Melaka United (MU) yang akan memberi saingan sengit pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Penolong jurulatih Melaka, Nazrulerwan Makmor berkata, pasukannya tetap turun dengan bersemangat dalam usaha meraih keputusan positif walaupun bakal berdepan skuad pelawat yang mantap.

Baginya, tiada perkara mustahil dalam bola sepak termasuk mengejutkan Harimau Selatan kerana apa yang penting pemain perlu lebih berdisiplin sebagai sebuah pasukan, mengelak kesilapan mudah dan fokus sehingga wisel penamat.

Menurutnya, fokus amat penting seperti aksi berdepan Sarawak United FC (SUFC) kerana sedikit kealpaan akhirnya membawa padah menerusi jaringan kemenangan lawan yang dihasilkan pada masa keced3raan.

Kita semua tahu JDT pasukan hebat bukan saja di Liga Malaysia malah sebagai antara kelab terbaik di Asia dan mereka jelas memiliki ramuan lengkap dalam bola sepak.

Namun, Melaka perlu beraksi dengan semangat juang tinggi untuk mengimbangi kehebatan pelawat.

“Pada masa sama, pemain kami perlu lebih berdisiplin semasa bertahan, mengatur gerak dan membentuk s3rangan. Tidak mustahil pasukan Hijau Putih mampu meraih keputusan positif jika kekal fokus dan memanfaatkan peluang terhidang,” katanya.

Semua pemain boleh diturunkan dalam perlawanan itu, kecuali pemain yang dipinjamkan dari JDT iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

sumber : HM

Melaka yang berada di tangga ke-10 liga memerlukan peningkatan mendadak selepas tewas 2-3 kepada Sarawak di gelanggang sama, Sabtu lalu.