Johor Darul Ta’zim (JDT) mengotakan janji apabila terus mengikat Jordi Amat bagi menguatkan pasukan dalam mengharungi kempen Liga Malaysia, musim ini.
Menerusi satu pengumuman di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, pengesahan kehadiran bekas pemain pertahanan Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis dan Swansea City itu dilakukan menerusi video pendek berdurasi 39 saat.
Dalam video terbabit, Jordi menailki kereta mewah dan tiba di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan di sambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.
Kemudiannya pemain berd@rah kacukan Sepanyol-Indonesia itu menyarung jersi JDT, sekali gus menamatkan teka teki tentang masa depannya bersama skuad Harimau Selatan.
Kemasukan Jordi mungkin mengisi kekosongan ditinggalkan tonggak pertahanan tengah dari Brazil, Mauricio Dos Santos yang dilepaskan JDT beberapa hari lalu selepas beraksi selama empat musim.
sumber:- HM
Dia dijangka bakal membentuk benteng ampuh bersama tonggak import dari Australia, Shane Lowry dengan Carli de Murga dan Shahrul Saad turut sedia mengisi posisi itu.