sukan

Import Kedah bawa ke Separuh Akhir AFC

Kedah Darul Aman (KDA) FC mengiringi KL City FC apabila turut mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC selepas memb3lasah Visakha FC 5-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan besar ke atas wakil dari Kemboja itu membolehkan skuad ‘Kenari’ mengungguli Kumpulan G dengan mengetepikan Visakha FC menerusi perbezaan jaringan.

Pada aksi terbabit, Visakha terlebih dahulu mengejutkan KDA FC menerusi tandukan Mohammed Faez Khan yang bermula dengan ‘gimik’ sepakan percuma selepas perlawanan ‘berusia’ 20 minit.

Namun, KDA FC membalas menerusi penyudah kemas Mahmoud Al Mardi pada minit ke-28 sebelum Mardi meletakkan KDA FC di depan hasil sepakan percuma menarik di penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Mardi terus ‘mengganas’ apabila dia berjaya menyempurnakan hantaran Fayadh Zulkilfi sekali gus melengkapkan hatriknya pada minit ke-54.

Fayadh yang sebelum ini bertindak sebagai ‘arkitek’ gol ketiga menyumbang gol keempat KDA FC pada minit ke-66 dan ‘kenduri gol’ diteruskan dengan jaringan kelima oleh Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76.

sumber:- BH

Terdahulu, kemenangan 2-1 yang dilakar KL City FC ke atas Tampines Rovers menyaksikan mereka turut mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara terbaik.