sukan

Kedudukan Christophe Gamel

Kedudukan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC dikatakan tergvgat sekiranya tewas kepada Terengganu FC (TFC), Ahad ini.

Ini susulan prestasi hambar dan dua kekalahan berturut-turut dialami Sri Pahang yang menyebabkan skuad itu kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super.

Justeru, mahu atau tidak, pengendali berumur 50 tahun itu perlu memastikan kemenangan memihak kepada skuad itu untuk mengekalkan jawatannya.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa jurulatih dari Perancis tiada pilihan lain kecuali menang ke atas TFC.

Katanya, pengurusan sudah melakukan segalanya termasuk menyenaraikan empat pemain baharu, termasuk tiga import dalam memperkasakan skuad itu.

“Mungkin sejarah musim lalu akan berulang tetapi kini terpulang kepada persediaan Gamel untuk memastikan Sri Pahang menang dan kedudukannya dalam pasukan selamat,” kata sumber itu.

Selepas mengharungi 10 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ke-11 liga dengan hanya mengutip lapan mata.

Dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika tewas 1-2 kepada Sabah FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) 0-3 meletakkan Sri Pahang dalam kedudukan bahaya iaitu kemungkinan tersingkir ke Liga Perdana.

Justeru, nasib Gamel mungkin sama seperti dialami Thomas Dooley dan akan terjawab selepas tamat perlawanan Sri Pahang dengan TFC, Ahad ini.

Musim lalu, selepas khidmat Dooley tidak diperlukan, SPFC melantik Dollah Salleh untuk membimbing skuad itu.

sumber:- BH

Namun, timbul persoalan sama ada Dollah yang pengurus Sri Pahang musim ini akan kembali membimbing skuad Tok Gajah atau Ahmad Yusof yang juga penolong jurulatih akan mengambil alih tugasan itu jika Gamel tidak lagi bersama.