sukan

KL City FC sah jua ke separuh akhir AFC

KL City FC mengesahkan tiket ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC menerusi kemenangan 2-1 ke atas Tampines Rovers di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sekalipun gagal mengetepikan PSM Makassar yang mengungguli Kumpulan H dengan perbezaan jaringan namun anak buah Hodak mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara terbaik.

Pada aksi terbabit, Tampines Rovers hanya dapat bertahan setakat 16 minit apabila kapten KL City FC, Paulo Josue memecah kebuntuan selepas menyudahkan hantaran Akram Mahinan pada minit ke-16.

Sepakan percuma Josue pada minit ke-19 ‘mencium’ palang sebelum diselamatkan Muhd Syazwan Buhari namun pemain import Brazil itu meledak gol kedua peribadinya menerusi rembatan voli dua minit berselang.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan KL City yang gagal mengesan larian Boris Kopitovic mengundang padah apabila tandukan pemain Tampines Rovers itu menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-37.

Percubaan KL City sekali lagi hinggap di palang, kali ini menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-41 sekali gus memaksa kedudukan 2-1 bertahan sehingga tamat babak pertama.

sumber:- BH

KL City garang melancarkan beberapa s3rangan selepas rehat untuk mendapatkan dua lagi gol yang diperlukan namun tidak cukup untuk menggugat gawang kawalan Syazwan.