sukan

Mereka sudah berasa selesa

Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak menuntut pemainnya turun dengan mentaliti kemenangan apabila men3ntang Visakha FC pada aksi terakhir Kumpulan G kempen Piala AFC di Bali, Indonesia, malam ini.

Menurutnya, kemenangan 4-1 ke atas kelab Filipina, Kaya FC dalam aksi kedua, Isnin lalu melonjakkan motivasi anak buahnya menjelang pertemuan men3ntang kelab dari Kemboja itu.

Satu motivasi adalah peluang untuk itu (layak ke peringkat seterusnya) masih terbuka, itu paling penting dan satu motivasi apabila kami turun dengan mentaliti kemenangan, malam ini.

Saya tak tahu apa pemikiran Visakha kerana mereka sudah selesa selepas menang dua aksi, mungkin mereka akan turun dengan mentaliti keselesaan.

Jadi paling penting untuk saya dan pemain, kami harus turun dengan mentaliti kemenangan dan wajib mendapatkan tiga mata untuk esok, katanya pada sidang media pra-perlawanan hari ini.

Ketika ini, Visakha memimpin carta kumpulan G selepas menang dua aksi dengan mengumpul enam mata sementara KDA FC mengumpul tiga mata susulan kemenangan ke atas Kaya FC dan sebelum itu tewas 0-2 kepada Bali United (dari Indonesia).

Jelas jurulatih dari Singapura itu, semua pemainnya bebas daripada kec3deraan dan mereka akan turun dengan skuad terkuat, malam ini.

Saya rasa persediaan kami ringkas kerana sudah beraksi dua perlawanan dan mengadakan sesi pemulihan yang baik, dan tiada sebarang kec3deraan selepas dua aksi biarpun mengharungi jadual agak ketat.

Tapi saya fikir hari ini kami ada lagi sesi latihan untuk persediaan esok dan pemain sudah tidak sabar turun dan bersedia dengan motivasi cukup tinggi selepas kemenangan ke atas Kaya FC yang sememangnya bukan mudah.

sumber:- HM

“Kami tahu Visakha sebuah pasukan dan menang dua aksi sebelum ini, tapi dalam bola sepak kita kena yakin dan aksi bermula dengan kedudukan 0-0,” katanya.