sukan

Disebalik kecemerlangan jitu KL City mara ke Separuh akhir AFC

Wira Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue yang mel3dak dua gol ketika membenam cabaran Tampines Rovers dengan 2-1 sekali gus membawa pasukan ke separuh akhir Zon Asean dalam Piala AFC musim ini.

Dalam aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras itu malam tadi, Josue yang juga ketua pasukan mel3dak dua gol masing-masing pada minit ke-16 dan 21 sebelum Boris Kopitovic merapatkan kedudukan di minit 37.

Jelas tonggak import dari Brazil itu, dia nyata gembira dapat membantu KL City meraih slot ke saingan empat terbaik itu.

Katanya, aksi berikutnya berdepan kelab dari Vietnam, Viettel FC pada 10 Ogos depan bukan mudah dan tempoh hampir sebulan lebih ini akan digunakan sebaiknya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Kami perlu terus fokus, banyak untuk kami perbaiki sebelum melangkah ke aksi berikutnya. Kami mempunyai sebulan lebih sebelum ke Vietnam dan penambahan pemain baru akan meningkatkan keyakinan pasukan kami di perlawanan seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, KL City membawa masuk Jordan Mintah yang dipinjamkan dari Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia minggu lalu, namun striker import itu tidak sempat didaftarkan untuk aksi peringkat kumpulan Piala AFC ini.

Dijangka kelibat Mintah akan dapat digunakan di separuh akhir nanti sekaligus menambah sengat di jentera depan KL City.

Dalam perkembangan sama, Josue mengakui gembira dapat membantu pasukan untuk mencipta sejarah pertama kali melepasi peringkat kumpulan.

sumber:- HM

“Saya berasa sangat gembira selepas berjaya menjaringkan gol kerana itu adalah tugas saya untuk menjaringkan gol,” katanya.