sukan

Disebalik Regu Indonesia senyapkan penyokong Malaysia

Perjuangan beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Terbuka Malaysia tersekat di suku akhir apabila tunduk kepada wakil dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebentar tadi.

Jelas sekali pengalaman yang dimiliki oleh pasangan yang berada di ranking ketujuh dunia itu berjaya memerangkap wakil negara sekali gus mencatat kemenangan straight set 21 13,21-9.

Set pertama menyaksikan Yew Sin-Ee Yi bermula cemerlang apabila mampu memberi tentangan sengit sebelum terpaksa akur dengan keputusan 21-13.

Namun, pada set kedua menyaksikan corak permainan pasangan negara itu serba tidak kena sekali gus menyaksikan pasangan Indonesia terbabit menang mudah 21-19.

sumber:- HM

Kekalahan itu menyaksikan pasangan negara itu terpaksa melupakan hasrat untuk meraih gelaran pada musim ini namun berpeluang berbuat demikian pada kejohanan Masters Malaysia yang bermula Selasa depan.