sukan

Juara atau naib juara tiada bezanya

Sama ada juara ataupun naib juara kumpulan, apa yang penting adalah KL City FC berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022.Itu matlamat utama yang perlu dicapai dan tiada yang lebih baik buat pengendali KL City FC, Bojan Hodak selepas menyaksikan anak buahnya berjaya mengiringi satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman (KDA) FC ke pusingan kalah mat! Piala AFC musim ini.

Namun jurulatih dari Croatia itu menegaskan banyak lagi yang perlu diperbaiki khususnya dalam aspek penyudah yang disifatkan menjadi kelem4han paling ketara buat pasukan itu ketika ini.

Kita mencipta banyak peluang tetapi masalah utamanya adalah pemain tidak dapat menyudahkannya ke dalam gawang. Kita dapat saksikan perkara yang sama pada malam ini (kelmarin) di mana kita boleh menang 6-1 ataupun seri 2-2.

Apa yang penting adalah kita layak ke pusingan seterusnya. Tidak banyak bezanya sama ada jadi pertama ataupun kedua (dalam kumpulan) kerana empat pasukan yang layak adalah yang terbaik.Sudah pasti pusingan seterusnya akan menjadi bertambah sukar dan tiada jalan mudah untuk kita di sana nanti,” kata Hodak.

Terdahulu, skuad ‘Warga Kota’ mengesahkan tiket ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC menerusi kemenangan 2-1 ke atas Tampines Rovers di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Sekalipun gagal mengetepikan PSM Makassar yang mengungguli Kumpulan H dengan perbezaan jaringan namun anak buah Hodak mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara terbaik dan akan bertemu kelab Vietnam, Viettel yang muncul juara Kumpulan I.

Mengulas lanjut aksi berdepan wakil dari Singapura itu, Hodak mengakui tempo berbeza ditampilkan pada babak kedua selepas kedudukan mereka ke pusingan kalah mat! sudah terjamin.

Kita bermain dengan tempo yang tinggi pada separuh masa pertama dan mendapatkan dua gol sebelum kealpaan pertahanan membolehkan lawan menjaringkan satu gol hanya dengan satu peluang dimiliki.

sumber:- BH

“Kita lebih bertenang pada separuh masa kedua kerana mendapat keputusan yang diinginkan (ke pusingan kalah mat!),” katanya.