sukan

Penentu Rekod bulan ini buat JDT

Empat aksi di tempat lawan pada bulan ini bakal menguji kekuatan Johor Darul Ta’zim sama ada mampu mempertahankan rekod tanpa kalah pasukan itu selepas mengharungi lapan perlawanan dan kekal di tangga teratas Liga Super.

Pertembungan JDT men3ntang Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini pasti memberi cabaran buat pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora bagi melebarkan lagi kemenangan dan mengukuhkan kedudukan tangga teratas liga.

Apapun, Mora tetap menghormati skuad yang dikendalikan Mohd Asri Ninggal bersama Nazrulerwan Mansor yang mampu melakar kejutan selepas mereka mahu bangkit tatkala tewas 2-3 kepada Sarawak United FC pada Sabtu lalu.

JDT akan beraksi empat perlawanan di tempat lawan dan kami fokus satu demi satu perlawanan, bermula aksi men3ntang MU menjadi lawan pertama di gelanggang mereka.

Kita tahu prestasi MU sejak kebelakangan ini kurang konsisten dengan persembahan turun dan naik tapi pasukan itu tetap berbahaya ibarat b0m jangka’ yang boleh mel3tup bila-bila masa kerana mereka dibarisi pemain hebat.

“Mereka ada Ifedayo (Olesegun) dan Sony Norde yang licik beraksi dan pemain tengah, Adriano (Narcizo) juga memiliki corak permainan konsisten tatkala sering menguasai di posisi tengah. Namun kita kena berwaspada kerana mereka tidak berada di posisi dalam saingan liga dan sudah tentu bangkit,” katanya.

Yang pasti, Mora akan menurunkan kesebelasan terbaik berdepan MU dan kelibat Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri yang sering mel3dak jaringan setiap aksi JDT akan menjadi taruhan terbaik memburu kemenangan bagi mengelak rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan tidak tercalar.

sumber:- HM

Mora juga tidak menganggap ketiadaan dua pemain JDT, Fadhli Shas dan Syazwan Andik Mohd Ishak yang dipinjamkan kepada MU menjejaskan persiapan pasukan itu sebaliknya mereka memiliki pemain simpanan yang tidak kurang hebatnya