Semasa sukan

Saat Final Terbuka Malaysia Tanpa wakil Malaysia

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi terlepas peluang mengakhiri kemarau kejuaraan mereka selepas terk4ndas di separuh akhir Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Pasangan nombor enam dunia itu terpaksa akur apabila tew4s di tangan juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-23, 21-9 pada aksi yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.

Sejak digandingkan pada 2017, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih belum menikmati gelaran di pentas antarabangsa dengan pencapaian terbaik setakat ini adalah lapan kali muncul naib juara termasuklah pada saingan Kejohanan Badminton Asia, Mei lalu, Terbuka Thailand 2020 dan Seluruh England 2019.

Kekalahan Aaron-Wooi Yik itu menyaksikan tiada wakil Malaysia layak beraksi di pentas final, esok.

sumber:- BH

Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut menerima nasib yang sama apabila terk4ndas di separuh akhir susulan kekalahan di tangan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto14-21, 12-21 dalam tempoh 37 minit.

NI