sukan

Tiada kena mengena dengan JDT Sebenarnya

Melaka United menafikan dakwaan striker import, Ifedayo Olusegun berstatus pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) sebaliknya ayam tambatan itu adalah pemain Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Wira Justin Lim berkata, laporan media tempatan berkenaan kedudukan Ifedayo yang disiarkan semalam adalah tidak tepat sama sekali.

Kami ingin menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain yang berkontrak penuh bersama Melaka United FC sejak awal musim ini dan bukan berstatus pinjaman dari JDT seperti dua lagi pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

“Pihak Melaka United FC kesal dengan laporan tidak benar yang tular sehingga memberi impak negatif kepada imej kelab menjelang aksi penting Liga Super Malaysia 2022 men3ntang JDT di Stadium Hang Jebat, malam ini,” katanya.

Terdahulu, timbul persoalan dan keraguan dikalangan peminat bola sepak tempatan tentang status Ifedayo selepas pengendali Melaka, Mohd Asri Ninggal mendedahkan bekas pemain Selangor FC itu tidak dapat diturunkan men3ntang JDT ekoran statusnya selaku tonggak pinjaman.

Ia kemudian mendapat reaksi negatif peminat yang mempersoalkan bilakah Ifedayo menyertai JDT sedangkan langsung tiada pengumuman rasmi berkenaan hal itu.

Lantas, peminat mula mempertikaikan integriti segelintir pasukan bertanding dalam Liga Malaysia yang dilihat tidak telus dalam beberapa hal terutamanya soal perpindahan pemain dan kontrak.

sumber:- HM

Tambah Justin lagi, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada wartawan yang melaporkan.