sukan

Legenda Selangor kelahiran Indonesia berasa terkilan

Bekas pertahanan Selangor, Ristomoyo Kassim mengakui terkilan dengan prestasi yang ditunjukkan skuad Gergasi Merah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain kelahiran Indonesia yang mewakili Selangor pada 1986 dan 1987 itu menganggap kelemahan Selangor FC ketika ini adalah dari segi mentaliti pemain.

Dia yang pernah merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama Selangor pada 1986 berkata tanpa mentaliti yang tinggi dalam diri pemain, sukar untuk pasukan itu meraih pencapaian yang lebih baik.

Ada rasa terkilan juga sebab dulu kita final kalahkan Johor, sekarang ini sudah bertukar, Johor pula yang bantai Selangor. Bezanya dulu dengan sekarang dari segi mentaliti pemain.

Kelihatan macam tak bermaya pasukan Selangor, mungkin dari segi pengurusan atau benda lain yang tak cukup sokongan. Mentaliti pemain pun saya rasa kurang.

Kalau sudah mentaliti pemain kurang bagus, memang susah nak bersaing dengan pasukan seperti Johor dan pasukan lain.

“Kalau dulu zaman saya berbeza, memang Selangor ada pemain terbaik Malaysia seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, R Arumugam dan ramai lagi. Ketika saya sertai Selangor, memang pasukan itu bagus dan saya kira beruntung,” katanya ketika ditemui di sini.

Selangor menduduki tangga keenam dalam Liga Super musim ini selepas mengharungi lapan perlawanan dan mengumpul 12 mata.

sumber:- BH

Pada musim lalu, juara Piala Malaysia 33 kali itu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan mengumpul 36 mata.