sukan

Penyokong JDT lebih ramai berbanding tuan rumah , semangat jiwa bola lain macam

Menyediakan ‘kerja rumah’ kepada pemain memberi nikmat besar buat Melaka United (MU) bagi menafikan kelebihan Johor Darul Ta’zim sekali gus mengikat lawan 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Jurulatih MU, Mohd Asri Ninggal berkata, diatas kertas sememangnya JDT pasukan amat baik dengan barisan import dan pemain kebangsaan yang mereka ada namun kredit kepada pemain yang begitu berdisiplin dan fokus sepanjang perlawanan.

Katanya, dia amat mensyukuri pasukannya berjaya meraih satu mata berharga selepas pernah tewas dengan jaringan besar kepada lawan sebelum ini dan kecewa kepada Sarawak United minggu lalu.

Menurutnya, pujian harus diberikan kepada pemain kerana pelawat sebuah pasukan yang memiliki penguasaan bola yang amat baik namun pemain berjaya mengimbangi situasi perlawanan.

Kalau kita beri mereka ruang, mereka akan mudah menghukum kita, jadi kita telah berjaya melakukan ‘homework’ itu dengan sorakan padu ribuan penyokong walaupun penyokong JDT lebih ramai daripada kita.

“Pemain mahu buktikan yang mereka boleh bermain dengan baik dan itu yang paling penting dalam perlawanan terbabit,” katanya.

Bagi jurulatih interim terbabit menganggap perlawanan berkenaan memiliki hikmah tersendiri kerana ia turut memberi ruang kepada lain untuk beraksi selepas beberapa pemain utama mengalami kec3deraan.

Asri berkata, mereka juga boleh membuktikan sesuatu untuk terus kental bersemangat dengan disiplin yang sama ketika berdepan Selangor selepas ini.

sumber:-HM

Sementara itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui keputusan seri itu bukan sesuatu yang diharapkan, namun persembahan pemain tetap membanggakan dengan melakukan formasi yang disusun diterjemahkan dengan baik.