sukan

Potensi KDA FC kini mampu cipta kemenangan

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu menggunakan ruang sebaiknya selepas menunjukkan prestasi terbaik dengan mengungguli kumpulan G pada saingan Piala AFC di Bali lalu apabila turun men3ntang Terengganu FC (TFC) pada saingan pusingan kedua Piala FA Rabu ini.

Menurut kapten skuad Sang Kenari Syazwan Zainon, reputasi Kedah selepas layak ke peringkat separuh akhir zon Asean pada saingan Piala AFC di Bali khamis lalu mampu menjadi bekalan semangat buat Sang Kenari bagi meneruskan misi ke saingan suku akhir Piala FA musim ini.

Selepas mencapai kemenangan pada perlawanan Piala AFC lalu, Kedah memperoleh suntikan motivasi yang terbaik bagi semua pemain untuk meneruskan perjuangan dalam perlawanan Piala FA yang akan kembali bermula pada rabu ini.

Saya sangat berharap dengan pencapaian yang diperoleh KDA FC ini, pemain berada dalam keadaan cukup bersemangat bagi meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Piala FA dan juga Liga Super selepas ini.

“Bagi saya, prestasi permainan yang kita pamerkan di Bali lalu perlu kita teruskan dan saya yakin ini adalah masa yang terbaik untuk kita terus buktikan kemampuan untuk kita layak ke peringkat seterusnya.” katanya.

Syazwan bagaimanapun mengakui tugas berdepan TFC yang memiliki ramai pemain hebat dan berpengalaman dalam Liga M satu yang tidak mudah buat Sang Kenari disamping akan beraksi di tempat lawan.

Kita pun tahu TFC bukan calang-calang pasukan kerana mereka adalah antara pasukan terbaik Liga M pada musim ini dan TFC turut memiliki pemain yang laju dan memiliki keupayaan tinggi dalam perlawanan yang perlu kita awasi disamping kita pula akan bermain di tempat lawan.

“Jadi kita perlukan fokus kemenangan yang berterusan kerana kita cuma ada masa dalam 2-3 hari untuk membuat persediaan dan saya harap kita cukup rehat agar kita dapat kembalikan kekuatan yang kita ada apabila bertemu TFC nanti,” katanya.

sumber:- HM

KDA FC memulakan saingan Piala FA pusingan pertama pada 12 Mac lalu dengan menewaskan skuad Liga M3 KSR Sains FC 4-0 melalui jaringan Fayadh Zulkifli dan Ameer Azahar yang masing-masing mel3dak dua gol.