Semasa sukan

Tiga aset baharu tunjukkan Potensi Positif

Kehadiran tiga aset baharu iaitu striker import Lucas Silva serta dua lagi pertahanan, Muhammad Gopi Rizqi dan Faizal Talib dilihat melengkapkan skuad Penang FC dalam mengharungi saingan Liga Super yang berbaki 12 perlawanan lagi.

Ketua Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan, berpendapat penampilan sulung pemain berkenaan pada kejohanan bola sepak tiga penjuru Piala Tuan Yang Turutama (TYT) yang berakhir semalam sedikit sebanyak memberi impak baik buat pasukan itu.

Mereka ialah pemain pilihan saya kerana tahu sahajalah pada saat jendela perpindahan kedua ini bukan mudah kita hendak cari pemain yang boleh menyesuaikan diri dengan pasukan atau cara permainan yang saya inginkan.

“Alhamdulillah ketiga-tiganya setakat ini berkesan. Nampak sedikit demi sedikit keserasian namun masih lagi jauh perjalanan untuk kita teliti mereka,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan akhir Piala TYT di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Kumbang membenam pasukan dari Nepal, New Road Team dengan keputusan 5-0 biarpun turun tanpa kapten pasukan, Endrick dos Santos dan Shukri Hamid yang mengalami kec3deraan.

Lebih bermakna, Lucas mel3dak gol pembukaan pada minit ke-43 diikuti T Saravanan pada minit ke-47 sebelum Lucas sekali lagi menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-68 dan 80 sebelum melengkapkan jaringan hatriknya dalam tempoh kec3deraan.

Lucas sebelum ini bermain untuk kelab Brusque FC dalam Serie B, Brazil sebelum kembali ke pangkuan Penang FC manakala Gopi dan Faizal berhijrah dari pasukan Melaka United.

Piala TYT ini amat penting dan mereka tahu apa tujuan mereka bermain dalam kejohanan ini. Permintaan saya kepada mereka ialah memperbaiki kedudukan pertahanan dan mereka telah memberi saya keyakinan dengan tidak memberi peluang (pasukan lawan) membolosi sebarang gol.

sumber:- HM

“Mereka juga tahu untuk menjadi juara, mereka memerlukan lima gol dan mereka telah buktikan. Tahniah kepada mereka,” katanya.