sukan

Faisal Halim buat hal kepada Samassa

Kejayaan Terengganu FC (TFC) merekodkan kemenangan menentang pasukan jiran iaitu Pahang FC 2-1 malam tadi ‘dicem4ri’ insid3n yang menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu.

Ini kerana terdapat insid3n membabitkan tonggak TFC, Faisal Abdul Halim ‘meng4njing’ sebaik menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pemain kebangsaan itu meraikan jaringan dengan menjatuhkan badan di depan gawang Sri Pahang seolah-oleh meniru aksi penjaga gol Tok Gajah, Mamadou Samassa.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan Samassa yang dilihat meluru ke arah Faisal, namun beberapa pemain TFC dan pengadil perlawanan sempat menahan penjaga gol tinggi lampai itu.

Walaupun Samassa meluru ke pemain terbabit, namun Faisal seolah tidak ‘g0yah’ apabila terus meraikan jaringannya dan seakan tiada apa-apa yang berlaku.

Sebelum itu, Samassa berjaya menyelamatkan sepakan penalti pertama yang dilakukan Faisal, namun pengadil memutuskan sepakan penalti diambil semula selepas penjaga gol Sri Pahang dikesan keluar lebih awal dari posisinya.

Sepakan kedua berjaya disempurnakan dengan baik oleh Faisal sebelum meraikan jaringan itu dengan sambutan kontr0versi.

sumber:- HM

Namun, tindakan terbabit mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana perbuatan Faisal itu seolah-olah tidak menghormati bekas majikannya yang sebelum ini menaikkan karier pemain terbabit sehingga berjaya menyarung jersi kebangsaan.