sukan

Kami lawan dengan 12 pemain juga

“Kami lawan dengan 12 pemain.”Demikian kekec3waan yang diluahkan jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel, yang men3mpelak mutu pengadilan ketika mereka kecundang 1-2 di tangan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam semalam.

Mata pasukannya ibarat dir0mpak lagi dan kritikan terbuka pengendali kelahiran Perancis itu terhadap pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria, tampak menjadi isyarat pertemuan berkenaan mungkin menjadi sentuhan terakhirnya bersama Tok Gajah.

Lebih-lebih lagi pelawat tewas empat perlawanan dalam lima aksi terakhir di sebalik menukar tiga pemain import dalam jendela kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga-M).

Dalam perlawanan itu, Terengganu menerima dua sepakan penalti — Faisal Halim mencetuskan kontroversi ketika meraikan jaringan kemenangan — sementara usaha kebangkitan lewat anak buah Gamel hanya membuahkan gol sagu hati yang dihasilkan Malik Ariff.

“Hari ini kami lawan 12 pemain kerana pengadil memang teruk. “Ini kali pertama saya bercakap seperti ini, saya tidak pasti pula di Malaysia selalu begitu.”Ia memalukan pengadil. Jika mereka dapat sepakan penalti maka kami juga harus dihadiahkan atas kekasaran terhadap Kevin Ingreso.

Saya menghormati pengadil tapi ia satu kesilapan yang merugikan kami.Saya tidak tahu (nasib saya). Saya akan bertahan hingga sanggup mat! di Sri Pahang tapi segalanya terpulang kepada pengurusan untuk membuat sebarang keputusan.

Kalau semua orang fikir ia demi yang terbaik buat Sri Pahang, saya akur kerana adalah penting menghormati institusi ini.

“Saya tidak mahu timbulkan polemik. Saya tetap akur dengan pengadil dan saya tidak akan mengkritik pasukan. Saya tidak akan menggigit tangan yang menghulur rezeki kepada saya, katanya dalam sidang media sejurus perlawanan.

Tiga mata memastikan skuad Peteh naik ke kelompok lima terbaik Liga Super sementara Sri Pahang di tangga ke 11 dengan pungutan lapan mata selepas 11 perlawanan.

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, merombak jentera serangannya dengan mengetengahkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal yang menyaksikan pemain import dari Liberia itu menggegar gawang pelawat seawal minit pertama.

Langkah ini bukan disebabkan kegagalan kami menjaringkan gol sebelum ini, tapi lebih kepada perancangan dari awal lagi.

sumber:- SA

“Kami tahu ada pilihan pemain untuk beraksi.”Hari ini saya merehatkan Tchetche Kipre dan memasukkan Petrus Shitembi.”Kalau ada pilihan, mungkin pemain-pemain lain pun kami akan buat pertukaran,” katanya.