sukan

Semangat yang hadir dalam jiwa ‘ubi muda’ Malaysia

Pemain muda negara, Allee Putra Azril tidak mahu terlalu memilih apabila bersedia untuk menabur bakti demi negara jika mendapat panggilan untuk menyertai skuad ‘ubi muda’ Malaysia.

Allee yang berkelana bersama Akademi Malaga City di Sepanyol sejak dua tahun lalu berkata, dia sentiasa menunggu panggilan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk beraksi bersama pasukan junior kebangsaan.

“Bagi saya kalau tawaran atau panggil itu datang, Insya-Allah saya akan beri semampu yang boleh untuk bermain dengan skuad kebangsaan. Setakat ini tiada lagi (panggilan),” katanya.

Allee dijangka pulang ke Sepanyol bulan depan bagi meneruskan latihan serta mengintai peluang menyertai kelab utama di LaLiga selepas menjadi antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi musim 2022-2023.

Sebagai rekod, Allee mula menyertai Akademi Malaga City FC pada 2020 dan mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Selain itu, Allee mengakui berdepan cabaran hebat di Sepanyol termasuk dari segi persaingan dan penerimaan pemain Eropah terhadap pemain dari Asia.

Ia sangat sukar untuk pemain Asia nak masuk ke Eropah atau pemain antarabangsa sebab mereka pandang pemain Asia ini macam kurang sedikit dari mereka termasuk dari segi fizikal dan mental.

sumber:- HM

“Tapi Alhamdulillah saya sedikit rapat dengan semua kawan-kawan di akademi, mereka juga tidak memperkecilkan saya,” katanya.