sukan

Terus Bangkit untuk saingan AFC

Penyandang juara Piala FA musim 2019, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu memastikan mom3ntum terbaik di saingan Piala AFC baru-baru ini dapat dikekalkan pada aksi pusingan kedua Piala FA men3ntang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Rabu ini.Pengendali skuad Sang Kenari Aidil Sharin Sahak berkata, untuk layak ke saingan suku akhir Piala FA musim ini, skuadnya memerlukan tahap konsistensi berterusan apabila berdepan TFC yang kini semakin bermotivasi selepas mendapat rentak kemenangan 2-1 keatas Sri Pahang pada saingan Liga Super semalam.

Perkara yang mencabar buat kami pada aksi Piala FA ini adalah keupayaan untuk mengekalkan tahap konsistensi terbaik selepas tamat mengharungi Piala AFC beberapa hari lalu dan ia bukan sesuatu yang mudah di mana kami perlu tampilkan momentum yang diharapkan pada saingan kal4h m4i di tempat lawan.
Tidak mudah buat kami kerana TFC kini sudah memiliki sentvhan kemenangan pada aksi terakhir mereka semalam ketika men3ntang Sri Pahang dan disamping itu, mereka dilihat semakin selesa untuk mencabar pihak lawan apabila beraksi di laman sendiri.

“Jadi, tiada pilihan lain selain pemain perlu terus bekerja keras, fokus pada kemenangan dan bersedia di semua posisi untuk mendapatkan rentak yang diharapkan apabila berhadapan TFC di tempat lawan nanti,” katanya.

Aidil juga berkata, Sang Kenari perlu lebih bersedia menghadapi beberapa pemain utama TFC yang dilihat memilik ketajaman dan sentuhan gol yang boleh menggugat peluang KDA FC pada saingan itu nanti.

Beberapa pemain utama TFC seperti bekas peny3rang KDA FC musim lalu Kpah Sherman, Manuel Ott dan Faisal Halim adalah antara pemain yang perlu KDA FC awasi setiap masa dan boleh memberi ancaman yang laju ke kubu Kedah.

“Namun berbekalkan skuad yang lebih lengkap dengan kehadiran tiga pemain baharu iaitu Mahmoud Al-Mardi, Sanrawat Dechmitr dan Akmal Zahir yang akan bergandingan dengan pemain sedia ada berbanding pada saingan Liga Super sebelum ini, saya berharap kami lebih bersedia kali ini dan mampu memberi saingan lebih baik selepas apa yang dibuktikan pada saingan Piala AFC lalu,” katanya.

sumber:- HM

Rekod terakhir pertembungan antara kedua-dua pasukan adalah pada saingan Liga Super pada 21 Ogos musim lalu yang menyaksikan Kedah menewaskan TFC 2-1 melalui jaringan Rabih Ataya dan Syazw

an Zainon sementara gol TFC disumbangkan oleh Arif Fadzilah.