sukan

Impak besar untuk ikat JDT

Selepas dianggap ‘lulus’ berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu, Melaka United (MU) sekali lagi akan mengharungi aksi g3tir men3ntang Selangor di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Kejayaan mengikat juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu dengan keputusan 1-1 mencetuskan kepercayaan semula penyokong terhadap barisan pemain skuad Hang Tuah yang dibelenggu prestasi turun naik.

Ia juga mungkin boleh dianggap sebagai am4ran awal kepada Selangor yang turut berdepan prestasi kurang konsisten walaupun dilabel sebagai antara pasukan gerg4si.

Namun, jika dilihat berdasarkan kedudukan liga, kelebihan lebih memihak kepada Gerg4si Merah yang menduduki tangga ketujuh dengan mengutip 12 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

MU yang sudah beraksi sembilan perlawanan pula memungut sembilan mata dan berada di tangga kesembilan yang mana hanya satu mata dari zon penylngkiran.

Justeru, aksi berdepan Selangor di laman sendiri menjadi peluang untuk anak buah Asri Ninggal menjarakkan diri mereka daripada risik0 terjerVmus ke zon bahaya.

Tugas itu bagaimanapun tidak mudah buat MU kerana anak buah Michael Feichtenbeiner juga sudah pasti dah4gakan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.

Sekiranya berjaya mengatasi MU, Gergasi Merah boleh mendaki hingga ke tangga keempat liga yang kini dihuni Kedah Darul Aman (KDA) dengan kelebihan dua mata selain Gerg4si Merah hanya satu mata di belakang pasukan tangga kelima dan keenam, Terengganu FC (TFC) dan KL City.

Berdasarkan rekod pertemuan juga, sudah hampir empat tahun Selangor berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah berdepan MU selepas kali terakhir mereka tewas pada 21 Julai 2018.

Malah, Selangor juga memiliki rekod cemerlang bertandang ke gelanggang MU apabila memenangi semua tiga perlawanan terakhir di tempat lawannya itu sejak 2019.

sumber:- BH

Apa yang penting ketika ini adalah barisan pemain Gerg4si Merah tidak mengulangi kesil4pan ketika berdepan Sabah sebelum ini dengan Feichtenbeiner mengakui anak buahnya membazir banyak peluang hingga mereka terpaksa berpu4s hati dengan satu mata.