sukan

Kini Setuju sertai United

Christian Eriksen bersetuju secara lisan untuk menyertai Manchester United sebagai ejen bebas.

Eriksen mempunyai pilihan antara menyertai United atau Brentford – di mana dia menghabiskan separuh daripada musim lalu – tetapi akhirnya memutuskan untuk ke Old Trafford sehingga tahun 2025.

Perancang berusia 30 tahun itu melakukan kepulangan menakjubkan selepas mengalami s34rangan jantung di atas padang ketika beraksi untuk Denmark pada Kejuaraan Eropah 13 bulan lalu.

Bagaimanapun pemain tengah itu perlu melalui ujian kesihatan di Old Trafford sebelum perpindahan disempurnakan dan menandatangani kontrak.

Eriksen mel3dak satu gol dan membuat empat umpanan gol dalam 11 penampilan untuk Brentford di babak kedua musim lalu.

sumber:- BH

The Bees cuba berunding dengan Eriksen akhir bulan lalu untuk mengekalkannya di Brentford, namun keputusannya untuk menyertai United pasti menggembirakan pengendali baharu Erik ten Hag.