Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara memulakan kempen Kejuaraan AFF B-19 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 2-1 pada aksi sulung Kumpulan B di Stadium Madya Senayan, Jakarta hari ini.
Malaysia yang hadir dengan misi untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan itu di bimbing Hassan Sazali Mohd Waras.
Dalam aksi itu, skuad Harimau Muda negara terlebih dulu mendahului dua gol pada 45 minit babak pertama.
Dua gol negara disumbangkan Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-13 sebelum Haiqal Haqeemi Hairi menggandakan kelebihan di minit 30 untuk menuju ke bilik persalinan dengan keyakinan tinggi.
Bersambung babak kedua, Kemboja yang mendapat sentuhan pengendali dari Jepun, Koji Gyotoku tampil lebih kemas dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi Chanvibol Davit pada minit ke-56.
Walaupun Kemboja berusaha memburu gol penyamaan, namun pertahanan negara tenang bertahan sekaligus berjaya mengutip tiga mata maksimum.
Selepas ini, Malaysia akan turun bertemu Singapura Khamis ini sebelum men3ntang Timor Leste (Sabtu ini) dan Laos (Isnin depan).
Untuk rekod, Malaysia adalah naib juara pada edisi lalu di Vietnam selepas tewas kepada Australia di perlawanan akhir.
sumber:- HM
Manakala pada saingan sebelum itu pada 2018, menyaksikan skuad negara muncul juara dengan menewaskan Myanmar 4-3 yang berlangsung di Indonesia.