sukan

Melaka United ibarat MU Malaysia

Dua jaringan striker import Melaka United (MU) , Ifedayo Olusegun berjaya membantu pasukannya menewaskan Selangor FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Bagaimanapun aksi perlawanan kurang menarik sepanjang 26 minit awal permainan tanpa percubaan bahaya daripada kedua-dua pasukan dengan pergerakan bola banyak lebih berlegar di bahagian tengah padang.

Walaupun tuan rumah dan pelawat cuba memasuki kotak penalti lawan masing-masing namun pergerakan pengg3mpur mereka sering tersekat dengan kawalan baik benteng pertahanan kedua-dua pasukan.

Saingan terus hambar walaupun memasuki minit ke-36 dengan kedua- dua pasukan hanya bertukar hantaran pendek dengan striker Hijau Putih dan Merah Kuning gagal memecah kebuntuan.

Namun ketika Selangor yang lebih banyak melakukan asakan, Melaka mengambil kesempatan melakukan gerakan dari sebelah kanan gawang lawan menerusi hantaran lintang Sony Norde yang disudahkan dengan baik Ifedayo untuk menghadiahkan jaringan pembukaan tuan rumah.

Gol pada minit ke-39 buat Melaka itu membakar semangat pelawat untuk mel3dak jaringan penyamaan namun sepakan percuma Mukhairi Ajmal pada minit ke-41 gagal disambut Herlison Caion.

Bersambung babak kedua Selangor terus berusaha mencari jaringan penyamaan namun percubaan Quentin Cheng pada minit ke-50 terus kedakapan penjaga gol Melaka, Tian Keat See.

Kejayaan mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 Sabtu lalu lalu jelas meningkatkan momentum tuan rumah untuk beraksi lebih baik pada aksi terbabit dalam masa sama bijak menyerap asakan pelawat untuk melakukan s3rangan balas pantas.

Hasilnya, Ifedayo berjaya mel3dak gol kedua skuad Hang Tuah selepas menerima hantaran jauh pada minit ke-57 untuk menewaskan pertahanan Selangor seterusnya mengelicik penjaga gol Samuel Somerville bagi jaringan keduanya pada perlawanan terbabit.

Selepas itu jaringan itu, pelawat turut memiliki beberapa peluang untuk merobek gawang tuan rumah begitu juga skuad Hang Tuah namun usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil sekali gus menyaksikan tuan rumah mencatat kemenangan di laman sendiri.

sumber:- HM

Kemenangan itu membolehkan Melaka kini berada di tangga kelapan liga sementara Selangor di kedudukan ketujuh dengan masing-masing mengumpul 12 mata.