sukan

KDA FC ada kelebihan tersendiri

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Dechi Marcel yakin skuad Kenari memiliki kelebihan untuk menewaskan Terengganu FC (TFC) pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Dia yang pernah menyarung jersi Terengganu FC II (TFC II) dan TFC sejak musim 2019 hingga 2021 berkata, kombinasi terbaik bersama dua rakan sepasukan yang baharu di bahagian tengah iaitu Mahmoud Al-Mardi dan Sanrawat Dechmitr mampu meningkatkan tahap serangan dengan impak yang lebih tinggi ke kubu lawan.

Kehadiran mereka (Al-Mardi dan Sanrawat) ke dalam pasukan telah mengubah corak serta meningkatkan kekuatan di bahagian tengah dan kita boleh lihat perkembangan itu pada saingan Piala AFC di Bali minggu lalu.

“Keserasian antara kami juga semakin meningkat, malah komunikasi yang baik antara kami akan lebih membantu mempercepatkan lagi persefahaman sekali gus memudahkan perancangan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak,” katanya.

Pemain import kelahiran Ivory Coast itu bagaimanapun sedar sebagai pasukan pelawat, KDA perlu cukup bersedia dalam setiap aspek dan sentiasa berwaspada kerana dengan kelebihan tetap ada pada skuad TFC yang sudah pasti selesa beraksi di laman sendiri.

sumber:- BH

“Justeru, kami tidak boleh leka sepanjang perlawanan dan kami perlu kekalkan semangat juang seperti di Piala AFC jika mahu layak ke suku akhir,” katanya.