sukan

Kedudukan Terkini Christophe Gamel

Tiada kata putus berhubung kedudukan Christophe Gamel selaku ketua jurulatih Sri Pahang FC selepas skuad itu tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC), Ahad lalu.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa jurulatih dari Perancis itu masih kekal dalam skuad itu setakat ini.

Namun, segala keputusan sama ada kekal atau tidak hanya akan ditentukan selepas sesi perbincangan bersama kepimpinan tertinggi kelab ini.

Boleh saya katakan setakat ini Gamel akan masih membimbing Sri Pahang selagi tiada sebarang keputusan diperolehi.

“Diharapkan isu Gamel ini tidak akan menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi saingan suku akhir Piala FA pada 23 Julai ini,” katanya.

Minggu lalu, kelab itu membuat keputusan mengejut apabila bakal menamatkan jawatan Gamel selaku ketua jurulatih sekiranya tewas kepada TFC.

Bagaimanapun, kekalahan itu yang juga ketiga berturut-turut belum ada sebarang keputusan rasmi daripada kelab.

Difahamkan, jurulatih berusia 50 tahun akan membimbing Sri Pahang apabila berdepan Penang FC pada suku akhir pada 23 Julai ini.

Dengan keputusan itu, ia sudah pasti melegakan Gamel yang masih mahu membantu meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik.

sumber:- HM

Lebih-lebih lagi, skuad Tok Gajah itu berada di kedudukan dua tercorot Liga Super selepas mengharungi 11 perlawanan dengan hanya mengutip lapan mata.