sukan

Komen Pengendali Melaka united

Keputusan mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 tiga hari lalu memberi imp4k besar kepada Melaka United (MU) untuk meraih kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Pengendali Melaka Mohd Asri Ninggal berkata, semangat yang dimiliki ketika berdepan Harimau Selatan jelas dibawa anak buahnya untuk memastikan mata maksimum mampu diperoleh pada aksi kali ini.

Baginya, keputusan berdepan JDT dan belajar sesuatu yang positif dalam aksi itu turut menjadi pembakar semangat untuk pemain membuktikan skuad Hang Tuah mampu cemerlang berdepan Selangor malah diharap berterusan bertemu lawan yang lain.

Katanya, apa yang pasti momentum terbaik berdepan JDT seolah terus diserap pemain walaupun pasukan terpaksa beraksi hanya berselang dua hari menjelang pertemuan terbabit.

Menurutnya, kredit harus diberikan kepada semua pemain yang menampilkan kesungguhan tinggi untuk mengekalkan corak persembahan yang mantap berdepan saingan sengit skuad Merah Kuning.

Kecemerlangan penjaga gol, Bryan See yang menyelamatkan banyak percubaan dan beraksi lebih baik pada perlawanan berkenaan selain prestasi keseluruhan pemain yang positif menjadi antara faktor menyumbang kemenangan.

Dalam masa sama tindakan menurunkan Ifedayo dalam perlawanan berkenaan langkah tepat walaupun pada awalnya dia tiada dalam perancangan kerana masalah kecderaan yang dialami,” kata Asri.

Menurutnya, keinginan dan kesungguhannya tinggi striker import itu untuk beraksi men3ntang bekas pasukannya membuahkan hasil buat Melaka.Sehubungan itu, dia mengharapkan graf persembahan pasukan terus meningkat pada setiap aksi selepas ini termasuk berdepan PJ City dan Penang FC di laman sendiri.

Dalam pada itu, Asri mengharapkan tempoh rehat hampir 15 hari buat skuad itu tidak menjejaskan rentak kemenangan terbabit kerana ia juga kesempatan terbaik mencatat mata maksimum di gelanggang sendiri ketika bertemu PJ City.
Sementara itu, pengendali Selangor FC Michael Feichtenbeiner berkata, pemainnya bermain cemerlang pada babak pertama dengan menguasai permainan menerusi gerakan dan percubaan b@haya namun gagal membuahkan hasil.

Sebaliknya satu peluang tuan rumah digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membuka jaringan pada penghujung episod pertama.

Katanya, pemainnya melakukan asakan lebih kerap di kubu lawan babak kedua namun nasib tidak menyebelahi Selangor, sebaliknya Melaka menambah jaringan kedua menerusi s3rangan balas yang menjejaskan kebangkitan yang anak buahnya.

sumber:- BH

Dua gol Melaka dihasilkan menerusi penjaring terbanyak musim lalu Ifedayo Osulegun pada minit ke-39 dan 57.