sukan

Pemain BAM ini kejutkan pemain profesional negara

Undian Kejohanan Badminton Malaysia Masters menyaksikan dua pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang terdiri daripada Leong Jun Hao, Ng Tze Yong mengetepikan pencabar daripada kem perseorangan profesional negara.

Jun Hao terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan rakan senegaranya, Cheam June Wei, 16-21,21-15,21-16 tetapi masih berpuas hati dengan langkah pertamanya itu.

Saya rasa agak OK, ini kali pertama saya main dekat Masters Malaysia.Sebagai pemain tempatan, saya fikir terlalu banyak jadi saya cuba atasinya.

“Dalam set kedua dan ketiga saya tidak lagi banyak fikir, cuma buat apa yang patut dan ikut arahan jurulatih,” kata Jun Hao selepas membuka kempen di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Mengikuti rentak kemenangan itu adalah Tze Yong lolos mudah ke atas Yeoh Seng Zoe 21-12, 21-13.
Menurutnya: “Lawan saya mencatat keputusan memberangsangkan dalam jelajah Eropah, tapi saya telah buat persiapan yang baik.”Mungkin saya lebih yakin jadi saya dapat tonjolkan permainan sendiri.”

Dalam masa sama, ia cerita berbeza buat pemain perseorangan BAM, dan Aidil Sholeh Sadikin, yang menawan set pertama ketika berdepan Soong Joo Ven 21-14.Bagaimanapun, Joo Ven bangkit untuk mengawal pertarungan dengan baik untuk merakam kemenangan 21-14, 21-16.

sumber:- SA

“Saya tidak bermula dengan baik kerana faktor angin selain memulakan permainan dengan perlahan, mujur saya dapat atasinya untuk menang.”Saya sedar tidak boleh mengikut rentak lawan jadi saya mula mempercepatkan permainan dan lebih meny3rang,” kata Joo Ven.