sukan

Cadangan TMJ Memang bernas

Cadangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lebih suka jika aksi Liga Malaysia (Liga M) dapat berlangsung pada waktu siang adalah pr4ktikal, namun beberapa cab4ran perlu ditangani bagi melaksanakannya.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa melihat cabaran terbesar adalah daripada sudut cuaca ditambah dengan infrastruktur kebanyakan stadium tidak berbumbung yang sudah pasti menghadirkan ketidakselesaan kepada penyokong yang hadir.

Justeru, Sadek mengakui Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu meneliti pelbagai aspek untuk melihat persediaan yang seharusnya dilakukan bagi memastikan cadangan itu dapat dijalankan tanpa menjejaskan pihak tidak terbabit dengan industri bola sepak.

Kita perlu lihat kesesuaian khususnya dari aspek cuaca di sini yang panas sepanjang tahun dan hujan. Kita tidak banyak stadium yang berbumbung jadi bermain di sebelah petang, ada kalanya menimbulkan rasa yang agak kurang selesa kepada penyokong.

Waktu untuk pengenalan aksi sebelah petang ini juga perlu diambil pertimbangan kerana mungkin hanya sesuai untuk aksi di hujung minggu dan tidak pada aksi pada pertengahan minggu ketika orang masih bekerja.

Kita juga perlu melihat contohnya perlawanan di bandar besar yang sudah pasti menimbulkan keses4kan jalan raya. Jadi faktor ini perlu dipertimbangkan supaya ia tidak menjejaskan persekitaran dan mereka yang tidak terbabit dengan industri bola sepak.

“Tetapi di akhirnya, kita juga perlu berfikir mengenai kehendak penyokong kerana mereka inilah nanti yang akan memenuhkan stadium. Banyak aspek perlu ditangani khususnya dari segi pengurusan untuk keperluan penyokong hadir lebih awal ke stadium,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu mengakui aksi lebih awal sememangnya memberi banyak manfaat khususnya kepada pihak yang terbabit secara terus dengan industri itu.

Cadangan ini baik untuk pengurusan pasukan kerana mereka tidak lagi perlu bekerja lewat seperti waktu perlawanan ketika itu, kos pun dapat berkurangan kerana tiada istilah kerja lebih masa.

“Wartawan juga tidaklah perlu berjaga malam membuat liputan dan penyokong yang hadir di stadium ataupun menonton perlawanan di televisyen ada lebih masa yang berkualiti untuk bersama keluarga,” katanya.

Bekas pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin pula mengakui aksi sebelah petang tidak seharusnya menjejaskan prestasi pemain sekiranya pasukan memiliki program yang terbaik untuk menyediakan barisan pemain bagi menghadapi hari perlawanan.

Malah beliau yang kini memegang jawatan sebagai pembantu jurulatih Kuching City FC, menegaskan semua pemain perlu kekal profesional sekali gus bersedia dengan apa sahaja keadaan termasuk beraksi pada sebelah petang.

Pemain tempatan kebiasaannya tiada masalah, namun pemain import khususnya dari Eropah mungkin perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan aksi pada sebelah petang.

sumber: BH

“Cuma sebagai pemain profesional, sudah tentulah kita bersedia dengan apa sahaja ketetapan penganjur liga. Tetapi cadangan Tunku Ismail itu memang baik khususnya bagi perlawanan hujung minggu,” katanya.