sukan

Hasrat Skuad Bawah 19 Malaysia terb@tas oleh Pasukan Singapura

Singapura menyekat rentak kemenangan Malaysia selepas pertemuan kedua- dua pasukan itu berakhir dengan seri tanpa jaringan pada Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) AFF 2022 di Stadium Madya, Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan anak buah Hassan Sazali Waras itu menghimpun empat mata daripada dua perlawanan dan ketika ini mengungguli Kumpulan B.

Kedudukan ini bagaimanapun tidak akan bertahan memandangkan satu lagi aksi membabitkan Laos men3ntang Kemboja akan berlangsung pada sebelah malam.

Menguasai sebahagian besar babak pertama, peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-16 menerusi Muhd Haikal Sahar namun dinafikan ketangkasan penjaga gol lawan, Firman Nabil Mohd Faizal.

Singapura cuba membalas menerusi percubaan jarak jauh Khairin Nadim Rahim selepas itu namun ters4sar jauh sebelum pertahanan Singapura bijak ‘menutup’ Haqimi Azim Rosli dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-29.

Di sebalik asakan demi asakan yang dilancarkan Malaysia, b3nteng pertahanan Singapura bertahan dengan baik dan tidak membenarkan sebarang anc4man mengugat g4wang mereka sepanjang 45 minit pertama.

Malaysia cem4s pada minit ke-66 apabila gerakan Singapura menembusi pertahanan negara, mujur Zulhilmi Sharani cemerlang menyelamatkan dua percubaan berturut turut dari pihak lawan untuk memastikan g4wang negara tidak dibol0si.

Malaysia beroleh peluang untuk mendapatkan gol kemenangan di hujung permainan namun tandukan Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri tidak menepati sas4ran.

sumber:- BH

Selepas ini, Singapura akan berdepan Laos sementara Malaysia akan men3ntang Timor Leste, Sabtu ini