sukan

JDT sah mengumumkan ketibaan pemain import terbaharu

JDT sah mengumumkan ketibaan pemain import terbaharu, Levy Madinda yang merupakan bekas pemain kelab La Liga, Celta Vigo bagi memperkuatkan jentera s3rangan pasukan.

Kemasukan Madinda yang juga bekas pemain import Sabah bagi memberi saingan dan sokongan kepada Leandro Velazquez yang bermain di posisi tengah.

Pemain import kelahiran Gabon itu akan menyarung jersi No. 92, menjadi pemain terakhir akan ditandatangani JDT pada musim ini.JDT juga turut mengumumkan Kepulangan semula Junior Eldstal yang berusia 30 tahun menerusi hantaran dalam Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Kehadiran Eldstal diumumkan menerusi hantaran video pendek berdurasi 41 saat menyaksikan pemain tinggi lampai itu menaiki limousin ke pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan disambut oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards.

Walau bagaimanapun, pengisytiharan itu menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air apabila kemasukan pemain import itu hanya diumumkan selepas jendela perpindahan sudah lama tamat.