sukan

Kemenangan ini tingkatkan moral pemain

Kemenangan 2-1 skuad bawah 19 (B-19) tahun negara ke atas Kemboja dalam aksi pertama Kejuaraan B-19 AFF 2022, semalam memberi moral terbaik untuk mereka menghadapi aksi seterusnya berdepan Singapura di Stadium Madya, Senayan, Jakarta, hari ini.

Perkara itu diluahkan pengendali skuad negara, Hassan Sazali Waras walaupun mengakui anak buahnya belum mempamerkan rentak sebenar ketika men3ntang Kemboja terutama di babak kedua.

Justeru, beliau percaya aksi yang lebih baik boleh dipamerkan barisan pemain muda negara bagi aksi seterusnya dalam usaha mengintai slot ke separuh akhir.

Alhamdulillah apa yang kita sasarkan bagi perlawanan pertama ini berhasil dengan tiga mata penuh. Jadi mungkin untuk perlawanan pertama kita nampak persefahaman yang baik dan mereka bermain dengan komitmen yang tinggi.

Kemenangan ini saya rasa memberi satu moral yang baik untuk mereka menghadapi perlawanan yang akan datang,” katanya selepas perlawanan.

Skuad negara kini menghuni tangga kedua Kumpulan B, berkongsi tiga mata bersama Laos, Kemboja dan Timor Leste manakala Singapura yang tewas dalam dua perlawanan di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Berdasarkan pasukan dalam Kumpulan B, Malaysia dilihat menjadi antara pilihan yang berupaya melangkah ke separuh akhir.

Hassan bagaimanapun menjelaskan dia masih belum memikirkan mengenai separuh akhir kerana apa yang penting adalah memastikan pasukannya meraih keputusan positif dalam kumpulan terlebih dahulu.

sumber:- BH

“Saya belum melihat sejauh itu (separuh akhir), apa yang saya fokuskan adalah untuk menyelesaikan perlawanan dalam kumpulan,” katanya.