sukan

Luahan hati Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak meluahkan nada kekecewaan berganda selepas pasukan kendaliannya ditunjukkan jalan keluar pada aksi pusingan kedua Piala FA men3ntang Terengganu FC (TFC), di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, semalam.

Jurulatih kelahiran Singapura itu kecewa apabila pemainnya gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk merakam kemenangan ketika lawan beraksi dengan sepuluh pemain selepas pertahanan, Pape Diakite dilayangkan kad merah pada minit ke-50.

Beliau turut kecewa dengan ‘layanan’ tuan rumah yang dianggap tidak profesional selepas diberikan padang kurang berkualiti ketika sesi latihan sehari sebelum perlawanan berlangsung sekali gus menyebabkan pemain tonggaknya, Mohd Syazwan Zainon mengalami kec3deraan.

Katanya, ketiadaan pemain yang lebih mesra dengan gelaran ‘Wan Karpet’ begitu dirasai lebih-lebih lagi beliau sudah merencana strategi terbaik untuk mara ke peringkat suku akhir.

Kami mendapat padang ‘terbaik’ semalam (kelmarin) ketika sesi latihan, akibatnya pemain kami, Wan Karpet mengalami kec3deraan buku lali. Ketika sesi memanaskan badan, dia (Syazwan) cuba memberikan yang terbaik, tapi malangnya dia masih tidak dapat meneruskan latihan, jadi saya terpaksa melakukan perubahan taktikal pada saat akhir dengan menyenaraikan Mohamad Al-Hafiz Harun.

“Dalam soal itu, saya tidak merasakan ianya sikap profesional melayan tetamu kerana jika mereka (TFC) bersikap sebegini, sudah pasti mereka akan memberikan padang terbaik kepada kami ketika sesi latihan,” katanya.

Dalam pertemuan hidup mat! itu, jaringan tunggal pemain sayap TFC, Mohd Faiz Nasir pada minit keenam membantu skuad Penyu mara ke peringkat suku akhir selepas merakam kemenangan tipis 1-0.

Dalam pada itu, Aidil Sharin tetap memuji persembahan anak buahnya yang mengerah segala kudrat untuk memburu jaringan sebelum terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Saya lihat prestasi pemain sangat sukar pada malam ini (semalam), mereka sedaya upaya memberikan segala yang mereka ada, saya tahu ianya bukan mudah bermain di tempat lawan, namun kita gagal jika melihat kepada keputusan.

Ini kerana peluang terhidang gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, inilah bola sepak, anda tahu jika kita mengambil peluang, ianya akan menjadi permainan bola sepak yang berbeza.

sumber:- HM

“Saya tidak mahu menyalahkan pemain 100 peratus, sebaliknya pujian juga perlu diberikan kepada mereka, cuma nasib tidak menyebelahi kami biarpun pemain cuba untuk memburu jaringan hingga minit terakhir perlawanan dan harap mereka bangkit selepas ini,” katanya.