sukan

Faiz Nasir tidak sangka

Status pemain paling rendah dalam padang dengan ketinggian 1.54 meter (m) tidak menghalang pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Muhammad Faiz Mohd Nasir menjaringkan gol melalui tandukan.

Pemain kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 30 tahun itu menjaringkan gol ketika skuadnya menumpaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam kelmarin.

Lebih manis jaringan tunggalnya itu membantu skuad kendalian Nafuzi Zain mara ke peringkat suku akhir dan bakal men3ntang skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim, Kuching City FC.

Ketika ditanya reaksinya mengenai jaringan itu, pemain digelar ‘Messi Terengganu’ itu mengakui dia begitu puas dan tidak menyangka muncul wira pasukannya dalam pertemuan dramatik itu.

Ini kerana, katanya, pasukannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan import, Pape Diakite dilayangkan kad merah pada minit ke-50 kerana mengasari penyerang KDA FC, Wanja Ngah.

Saya begitu gembira kerana jaringan itu membantu pasukan mara ke suku akhir Piala FA.

Ini jaringan pertama saya melalui tandukan dan ia gol pertama saya musim ini bersama TFC.

“Sejujurnya sukar saya percaya kerana saya tidak begitu tinggi, tapi ketika rakan sepasukan, Faisal Halim membawa bola ke sebelah kiri pintu gol lawan, saya bagaikan sudah dapat membaca ‘Mickey’ akan melakukan hantaran silang.

“Jadi kebetulan saya berada dalam kedudukan tepat, sekali gus memudahkan saya menanduk bola ke dalam gawang gol, terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang banyak membantu, lagipun ini penampilan pertama saya dalam saingan Piala FA musim ini dan kali ketiga di Liga Super,” katanya.

Pada pertengahan April lalu, bekas pemain kebangsaan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana disyaki mengalami masalah jantvng dan keracvnan makanan.

sumber:- HM

Bagaimanapun, hasil laporan perubatan, dia tidak mengalami masalah berkenaan sebaliknya faktor keletihan, sakit kepala dan kesukaran bern@fas menjadi punca dimasukkan ke HSNZ.