sukan

Jadual Kini terpaksa dir0mbak lagi

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa melakukan kemas kini terhadap kalendar pertandingan Liga Malaysia (Liga M) 2022 dengan penyelarasan semula baki perlawanan musim ini.

Badan pengelola Liga M itu menjelaskan, keputusan berkenaan diambil selepas melakukan penelitian dan pertimbangan berdasarkan penyertaan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta pembabitan Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuala Lumpur (KL) City dalam kancah Piala AFC.

Ketiga-tiga kelab berkenaan berjaya meneruskan cabaran dalam pertandingan antarabangsa itu sekali gus memberikan impak bukan sahaja kepada perjalanan Liga Super dan Piala FA 2022, malah latihan pasukan kebangsaan pada September depan.

JDT layak ke peringkat kalah mat! dalam pertandingan ACL dan dijadualkan bertemu kelab Jepun, Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 pasukan terbaik pada 18 Ogos manakala KDA layak ke separuh akhir Piala AFC peringkat Zon ASEAN bersama KL City pada 9 dan 10 Ogos.

MFL terpaksa membuat penyelarasan lebih awal berhubung jadual Liga Malaysia 2022 dengan mengambil kira kemungkinan JDT, KDA FC dan KL City FC akan melangkah ke pusingan seterusnya selepas ini pada 22 hingga 25 Ogos 2022.

Selain itu perubahan kalendar Liga Malaysia kali ini turut membabitkan perancangan pasukan kebangsaan untuk mengadakan latihan pusat serta tempoh ‘FIFA Days’ pada September depan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF pada Disember 2022 dan juga Piala Asia 2023.

“Faktor terakhir yang diambil kira MFL adalah membabitkan perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir Piala FA 2022 di mana berdasarkan undian yang dilaksanakan pada 4 Julai 2022, semua kelab yang layak ke peringkat Suku Akhir dijadualkan bermain pada 23 Julai nanti,” jelas MFL.

sumber:- BH

Perancangan jadual perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA 2022 pula dijadualkan pada 5, 6 dan 7 Ogos depan – tertakluk kepada kelayakan kelab ke peringkat seterusnya – dan perlawanan akhir Piala FA 2022 akan dijadualkan pada 28 Ogos.