sukan

Bintang Terengganu FC tetap hormat

Bintang Terengganu FC, Faisal Halim, mengambil pendekatan menghormati Kuching City FC apabila belum menganggap tiket separuh akhir Piala FA dalam genggaman skuad Peteh.

Ini walaupun pasukannya tampak tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran Kuching City yang akan menjadi lawan mereka di peringkat suku akhir.

Atas kertas, skuad bimbingan Nafuzi Zain sememangnya jauh lebih hebat berbanding lawan namun Faisal menegaskan ia bukan jaminan untuk menewaskan lawan dari Liga Perdana itu.

“Saya tidak boleh menganggap sudah melangkah ke separuh akhir kerana perlu bertemu Kuching City. Mereka turut berpeluang untuk melakukan perkara yang sama. Saya amat bersyukur taktikal jurulatih dalam perlawanan bertemu Kedah berhasil dan kami akan cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan akan datang.”

TFC mara ke suku akhir selepas menundukkan juara bertahan, Kedah Darul Aman FC 1-0 dalam aksi pusingan kedua di laman sendiri Rabu lalu.

sumber:- SA

Ia dibantu jaringan tunggal Faiz Nasir pada awal babak pertama ketika mereka terpaksa beraksi tempang pada babak kedua gara-gara pertahanan, Pape Diakite dilayangkan kad merah.