sukan

Bojan Hodak akui

Kuala Lumpur: Kesil4pan mudah yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan Kuala Lumpur (KL) City FC dihukum dengan kek4lahan 1-0 kepada Selangor sekali gus kempunan untuk mendakap Piala FA pada musim ini.

Situasi terbabit diakui Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak apabila aksi pusingan kedua Piala FA malam tadi jelas sekali bukanlah disebabkan pasukan lawan beraksi lebih baik namun berpVnca kepada kesilapan diri sebelum dihukVm oleh jaringan tunggal daripada tuan rumah.

Di sebalik perlawanan terbabit, Hodak mengakui gembira dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan itu, namun keg4galan menghasilkan jaringan memvsnahkan impian mereka melangkah ke suku akhir.

“Ia perlawanan 50-50, kami melakukan satu kesil4pan di bahagian pertahanan. Saya tidak fikir mereka mencipta peluang (untuk mendapatkan gol tunggal perlawanan),” katanya selepas perlawanan.

Terkeluar dari saingan Piala FA bakal memberikan KL City lebih banyak ruang untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Super selepas menduduki tangga keenam dengan mengumpul 13 mata selepas 10 perlawanan.

SUMBER:HMETRO

Malah, anak buah Hodak juga berdepan tugas g3tir di saingan Piala AFC kerana dijangka berdepan wakil Vietnam, Viettel di pusingan separuh akhir Zon ASEAN yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos ini.