sukan

Filipina berjaya bedal pasukan Malaysia

SKUAD bola sepak wanita negara tumpas 0-4 kepada Filipina dalam Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bagi aksi ketiga kumpulan A di Manila, malam tadi.

Beraksi di Stadium Memorial Rizal, skuad negara banyak diasak sebelum tuan rumah memecah kebuntuan menerusi jaringan luar kotak penalti Sara Eggesvik pada minit ke-32.

Tersentak dengan itu, Malayan Tigress berusaha melancarkan s3rangan balas, namun jentera tengah lawan sukar untuk ditembusi sebelum Filipina menambah jaringan pada minit ke-43 menerusi Katrina Guillou.

Pasukan Malaysia yang dibimbing Jacob Joseph terus ketinggalan selepas tiga minit babak kedua bermula apabila Quinley Quezada menanduk hantaran daripada Sara bagi jaringan ketiga Filipina.

Penguasaan bola pasukan Filipina membolehkan Anicka Castaneda menambah derita skuad negara dengan jaringan gol keempat pada minit ke-72.

Keputusan tersebut merupakan kekalahan pertama Malaysia yang mencatat seri dalam dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Singapura dan Indonesia.

Malaysia akan meneruskan saingan kumpulan bertemu Thailand pada Ahad ini dan skuad B-23 Australia pada 12 Julai dengan misi wajib menang bagi merebut tempat dua pasukan teratas untuk mara ke pusingan kalah mat!.

Pada edisi 2019, yang merupakan kali terakhir pertandingan itu dianjurkan, Malaysia gagal mara ke pusingan kalah mat! selepas menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul dua kemenangan daripada keseluruhan empat perlawanan.

sumber:- SH

Pencapaian terbaik pasukan wanita negara di Kejohanan AFF adalah pada edisi 2007 yang menyaksikan Malaysia mara sehingga ke peringkat separuh akhir. – Bernama