sukan

Nasib kedudukan Brad Maloney

Kuala Lumpur: Adakah kedudukan Brad Maloney sebagai pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara bakal berakhir, hujung bulan ini?

Situasi terbabit menimbulkan persoalan apabila terdapat sumber mengatakan k0ntrak pengendali dari Australia itu hampir pasti akan ditamatkan susulan prestasi kurang memuaskan pada temasya Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei lalu, selain tew4s semua perlawanan di kejohanan Piala Asia B-23, baru-baru ini.

Menurut sumber, kedudukan Maloney sebagai pengendali skuad B-23 negara boleh dikatakan akan berakhir apabila digantikan dengan jurulatih baharu bagi memastikan pasukan muda negara mampu bersaing di kejohanan komp3titif di peringkat antarabangsa.

“Jika diikutkan, memang Maloney akan diganti dengan jurulatih baharu dan pengumuman rasmi berkaitan perkara itu akan dilakukan pada 13 Julai ini.Sudah pasti prestasi kurang memuaskan pada perlawanan terdahulu menyebabkan beliau diganti selain mahu pastikan prestasi skuad B-23 sama seperti pasukan senior,” katanya.Arena Metro sebelum ini melaporkan terdapat khabar angin mengatakan khidmat Maloney mungkin ditamatkan, sekali gus diganti dengan individu lain kelak.

Malah, turut bertiup kencang kemungkinan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan mengg4las jawatan itu bagi memastikan skuad B-23 turut memiliki corak permainan seperti skuad senior.

Selain itu, turut disebut sebagai pengganti Maloney adalah pembantu jurulatih pasukan senior kebangsaan, Pau Marti Vicente berikutan pengalamannya mengendalikan pasukan belia Barcelona sebelum ini.

Mengikut rekod, skuad B-23 negara kalah pada semua perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, baru-baru ini.

Sebelum itu, skuad muda itu g4gal menampilkan aksi cemerlang pulang dari Sukan Sea Hanoi tanpa sebarang pingat.

Maloney mengambil alih tugasan ketua jurulatih pasukan B-23 negara dari bekas ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang ditamatkan k0ntrak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

SUMBER:HMETRO

Kejayaan tertinggi Maloney adalah membawa skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Piala AFF B-19 2019, namun tew4s 1-0 kepada Australia.